Friday, January 22, 2010

Pulangkan......

hai semua...adoi...terbangun awal plak pagi ni...hehe...fyda bangun2 je, terus buka teman rapat fyda ni dan layari la apa yang patut...ntah kenapa tiba2 rasa macam nak buka friendster yang dah berzaman fyda tak buka (*mana tak nya..asyik layan fesbuk jer...huhu)..bila tengok2 kembali post2 yang dah lama tu...fyda tertarik dengan satu post yang fyda dah pernah kongsikan bersama teman2 fyda dahulu...since fyda pun dah nak habis belajar ni kan...fyda rasa sesuai sangat fyda nak kongsi dengan teman2 fyda yang membaca blog fyda ni...nak tahu apa dia??

jom scroll kat bawah ni... ;)

lagu ni khas fyda tujukan kepada pelajar2 UniKL yang bakal menamatkan pelajaran tak lama lagi atau yang akan datang...enjoy ya!!

Lagu Misha Omar: Pulangkan
Penyanyi: Ex-Student feat Pegawai MARA
Komposer: PakNdak & MakNdak
Lagu: Pulangkan..(Lagu MARA)
Soundtrack Film: MARA Harun Sendol Siang & Malam


(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai MARA)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

(Pegawai MARA)
Pulangkan hutang-hutangku

(Ex-Student)
Oh hentikanlah menghantuiku

(Pegawai MARA)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku

(Ex-Student)
Kupulangkan semua hutangku

(Pegawai MARA)
Yang dikau peram tanpa relaku

(Ex-Student)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

(Pegawai MARA)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
hingga akhir masa
sayang (student la tuh)


so macammana kawan2?? best kan lagu ni...sila lah hayatinya..bolehnya nyanyi lagu ni time2 free tu....hehehe

til then...
salam sayang...xoxo

p/s: fyda nak bersiap2 dah ni...jap lagi nak gi jumpa si jantung pisang...eh silap...si jantung hati...hehehe ;)

Alam praktikal

hello semua...kali ni fyda nak kongsi pengalaman praktikal yg fyda dah jalani hampir sebulan la kot...actually fyda sekarang ber'interns' di salah sebuah company yang terletak betul2 di tengah bandaraya KL...sebelum bermula praktikal tu, pening jugak la fikir nak duduk kat mana area bandaraya tu...tetapi atas pertolongan bakal adik ipar fyda (*apple*), dengan mudahnya fyda mendapat rumah sewa, iaitu rumah kawan sekerjanya...alhamdulillah, pencarian rumah sewa tidak la sesukar mana...

dah hampir sebulan fyda berpraktikal, fyda rasa dah banyak sangat yang fyda dah belajar...kebanyakan yang fyda dah belajar di micet, boleh fyda praktikkan di sini...memang fyda akui, pada permulaannya fyda blur2 je...maklum la, dah lama tak kendalikan mesin2 tu...kalau ada pun, bukan fyda kendalikan sepenuhnya...tp atas bantuan supervisor dan juga seorang lagi RO kat sana, semuanya menjadi mudah dan semakin faham...mereka sangat2 membantu...tanya lah apa sahaja, pasti dengan senang hati mereka terangkan...fyda sangat bersyukur mendapat mereka sebagai 'pembimbing' fyda...thanks a million to them!!!

sebenarnya banyak lagi cerita yang fyda nak kongsi, tetapi panggilan bantal2 mucuk fyda lebih kuat menarik perhatian fyda kini...lagipun esok nak bangun awal jugak sebab 'org rumah' datang sini sebab nak celebrate birthday fyda(actually dah belated pun...huhu)...so kena la recharge tenaga ni supaya lama la sikit dapat hang out dengan dia...hehehe ;)

til then k....
salam sayang...xoxo

p/s:kini fyda boleh berbangga sebab dah terror kendalikan HPLC sorang2....yippppyyy!!!! ;D


ceh...nak run analysis ke nak snap gambar nih???muka tu takleh la nak serius skit...hehe ;)



my working station... ;)

















sila abaikan gambar ni...tiada kena mengena dengan tajuk post kali ni...saja suka2 letak...hehehe...kat belakang fyda tu kazen...myra super noty...hehe ;)

Thursday, January 21, 2010

Di sini segalanya bermula....

alhamdulillah....tercipta sudah blog fyda yg x seberapa ini...atas dorongan teman2 dan juga setelah memikirkan mgkin dgn adanya blog ini, terisi masa lapang fyda utk berkongsi sesuatu dgn teman2 dia alam maya ini...dgn adanya blog ini, mgkin fyda telah melangkah satu tapak ke alam serba canggih sekarang ini bersama teman2 di sekeliling ataupun yg jauh dr fyda...

smlm adalah hari yg penuh bermakna bg fyda kerana pertambahan 1 lg angka utk umur fyda...fyda sgguh2 gembira dan sgt2 bersyukur kerana keluarga dan teman2 telah mgucapkn selamat dan berdoa hanya yg terbaik utk fyda...fyda amat2 terharu dgn apa sahaja penghargaan yg mereka berikan...sesungguhnya ucapan2 dan doa mereka telah menceriakan hidup fyda utk berjuang meneruskan hidup pd hari yg mendatang....thanks a lot my friends n family...fyda amat2 menyayangi anda semua...

fyda rasa ckup setakat ini dahulu entry percubaan bg fyda...lepas ni akan ada saja update dr fyda utk fyda kongsikan bersama teman2 semua...rajin2 lah melawat blog fyda ni nnt ye...hehe :D

salam sayang...xoxo